Dua warga asing guna WeChat, MiChat cari pelanggan ditahan

Datuk Hazani Ghazali

KOTA KINABALU: Taktik dua pelacur wanita warga asing mendapatkan pelanggan dengan hanya menggunakan aplikasi WeChat dan MiChat berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Sulaman di sini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata kedua-dua suspek masing-masing berumur 22 dan 28 tahun itu ditahan dalam operasi Ops Noda yang dijalankan sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah, Cawangan Pencegahan Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah kira-kira jam 2 petang kelmarin.

“Bertindak dengan risikan serta maklumat siasatan, sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi bagi menjalankan serbuan bagi menumpaskan kegiatan tidak bermoral itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka disyaki menjalankan kegiatan pelacuran melalui aplikasi atas talian,” katanya.

Menurutnya semasa ditahan polis turut merampas tiga telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk mencari pelanggan.

“Selain itu, polis turut menemui dua keping kondom yang belum digunakan bersama satu keping kondom yang sudah digunakan.

“Turut dirampas satu kad bilik hotel dan sejumlah wang tunai yang diperoleh daripada kegiatan pelacuran ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya kedua-dua tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

SabahNewsToday

Leave a Reply