Dua lelaki cedera parah selepas terbabas sendiri di Semporna

SEMPORNA : Dua lelaki cedera parah selepas terbabas sendiri dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Pacuan 4 roda jenis Toyota SR di Jalan Bubul, Kg.Simunul Semporna di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Madzlan Sarman berkata, seorang mangsa dikeluarkan orang awam manakala seorang lagi mangsa tersepit berjaya dikeluarkan pasukan bomba dalam kejadian jam 9.15 malam tadi.

Katanya, kedua-dua mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Daerah Semporna menggunakan Jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Kedua-dua mangsa cedera parah lelaki berusia 21 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Daerah Semporna,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Madzlan berkata, pasukan Bomba menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi keberbahayaan lain di lokasi dan operasi ditamatkan pada jam 10.30 malam tadi.