Dr Rohana ikon Pelajar Bantuan  MAIWP Labuan pertama

LABUAN: Dr. Rohana Mohd  Nohd Firdaus, anak jati Labuan pertama dianugerahkan sebagai Ikon  Pelajar Cemerlang  Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan.

Dr Rohana, 28, pelajar Doktor Falsafah (PhD) jurusan Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor menerima anugerah itu pada Maljis Penyampaian  Anugerah Kecermerlangan Akademik Pelajar Baitulmal MAIWP yang diadakan di salah sebuah hotel di sini, pada Sabtu lepas.

Beliau yang juga merupakan penerima Bantuan Am Persekolahan dan Bantuan Am Pelajaran IPT MAIWP sejak 2014-2022 menerima sijil penghargaan dan wang tunai yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Fauzi Abidin.

Rohana yang sebelum ini menghidap kanser paru-paru tahap empat dan telah diagnosis menzahirkan rasa syukur kerana dapat meneruskan dan menghabiskan sesi pembelajaran sehingga tahap Doktor Falsafah.

“Jika saya yang telah diagnosis kanser paru-paru tahap empat mampu menghabiskan sesi pembelajaran sehingga ke tahap Doktor Falsafah, besarlah harapan saya jika adik adik yang sihat pada hari ini meneruskan pembelajaran sehingga ketahap yang paling tinggi.

“Bersyukur harus diletakkan ditempat yang tinggi dalam diri agar kita lebih tenang mengharungi cabaran mendatang” katanya ketika diminta memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada penerima anugerah pelajar cemerlang di majlis itu.

Seramai 61 pelajar cemerlang dari pelbagai kategori peperiksaan melibatkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (USRA), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM),  Diploma serta Ijazah  menerima anungera tersebut.

Setiap penerima anugerah menerima wang tunai serta sijil penghargaan.  

Pada majlis itu, Mohd Fauzi  turut menyampaikan replika cek peruntukan Skim Bantuan Am Pelajaran bernilai RM3.7 juta dan peruntukan Skim Bantuan  Am Pelajaran IPT bernilai RM963,500 yang disalurkan kepada MAIWP Labuan.

Hadir sama, Pengurus MAIWP Labuan,l Ustaz Md Fadzli Md Saad,  Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Labuan Kamariah Salim dan Pengarah Urusan Klinik Bakti Datuk Wira Dr Ramli Tahir.