‘Dine-In’ berita gembira kepada 2,000 restoren india muslim di Sabah: Abdul Kadir

KOTA KINABALU: Lebih 2,000 pengusaha restoran India Muslim Sabah menarik nafas lega selepas pengumuman kerajaan negeri mengekalkan membenarkan ‘Dine-In’ di negeri ini.

Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah (DPPIMS) Abdul Kadir Faruk berkata, pengumuman rasmi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor Sabtu lalu dilihat sebagai penyelamat kepada pengusaha perniagaan itu tidak beroperasi sejak 1 Jun lalu..

Katanya, khabar gembira ini sekali gus mengurangkan sedikit beban pengusaha selepas tidak dibenarkan ‘Dine-In’ di bawah Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami sangat gembira serta menyokong sepenuhnya tindakan Ketua Menteri ini. Ini sudah tentu dilihat sebagai satu usaha untuk menyelamatkan industri pengusaha makanan yang terpaksa patuh kepada arahan kerajaan.

“Kita menyeru agar semua ahli DPPIMS yang mengusahakan restoran dan kedai makan di seluruh negeri ini agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar tidak berlaku penular pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam tempoh sama Abdul Kadir merayu kepada kerajaan negeri agar dapat menyediakan geran khas kepada peniaga yang terjejas bagi meringankan beban terutama menangung kos operasi premis perniagaan.mereka.

“Semua peniaga restoren terjejas sehingga tidak mampu membayar kos upah pekerja, sewa premis perniagaan serta komitmen pinjaman daripada pihak institusi kewangan,´katanya.

Sebelum ini, beliau pernah melaporkan hampir 2,000 pengusaha restoran memerlukan bantuan kerajaan negeri bagi meringankan beban mereka terutama dari segi kewangan memandangkan tidak dibenarkan beroperasi .

“Ramai pengusaha menyewa premis untuk mengusahakan perniagaan restoran mereka namun tidak dapat menikmati moratorium berikutan manfaat itu dinikmati hanya pemilik premis tersebut,” katanya.