Chan diminta menasihati Teresa Kok hormati Agama Islam – Suhaimi

SANDAKAN : Pemimpin UMNO Sabah menyarankan Ahli Parlimen Kota Kinabalu merupakan Ahli Jawatankuasa DAP Sabah Datuk Chan Foong Hin, sebelum berniat untuk menasihati UMNO Sabah tentang erti hormat, lebih baik beliau mengajar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suih Sim untuk menghormati agama Islam terlebih dahulu.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, Chan sepatutnya menasihati dan mengajar pemimpin-pemimpin DAP untuk tidak lagi menyentuh sekali gus  mempersoalkan urusan agama Islam yang tidak ada kaitan dengan DAP  sebagaimana UMNO tidak pernah menyentuh soal agama mereka:

“Islam ada agama rasmi sepertimana ia termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia,maka, hormati kedudukan agama Islam dan berhenti mempolitikkan isu tersebut,” tegasnya.

Beliau menjelaskan ini kerana isu pensijilan halal antara Datuk Dr. Akmal dan Teresa Kok sudah pun di dalam siasatan pihak berkuasa.

“Oleh itu, beri ruang sepenuhnya untuk pihak polis membuat siasatan dan mencari kebenaran.

“UMNO Sabah akan terus mempertahankan agama Islam tanpa rasa apologetik. Jika Chan dan DAP Sabah menghormati UMNO Sabah kami juga akan menghormati DAP Sabah,” katanya.

Suhaimi merupakan Ketua Penerangan UMNO Sabah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media Chan yang meminta UMNO Sabah mengendali Pemuda Umno.

Ini berkaitan kontravasi pensijilan halal antara Teresa Kok dan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr.Akmal  Salleh sebelum berbincang soal kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan bagi menghadapi PRN Ke-17 akan datang.

⁠Mengenai soal kerjasama parti menghadapi PRN17 Sabah, Suhaimi berkata, UMNO Sabah tidak akan berunding secara terus bersama DAP Sabah tetapi dilakukan atas platform BN dan PH.

“Siapa ke Chan yang mempertikaikan soal kerjasama, ini kerana ianya dilakukan oleh pemimpin utama parti atas platfrom BN dan PH,” jelas Suhaimi.

Sehubungan dengan itu Suhaimi  secara tegas mengharapkan  Chan untuk tidak lagi memperbesarkan isu ini.

“Jika ingin terus kerjasama terbentuk, sila hormati agama Islam dan UMNO Sabah  dan sudah tentu kami (UMNO Sabah) tidak seperti  ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’, atau ‘apatah lagi melukut di tepi gantang,” kata Suhaimi.