CEO Aumas Berhad, Chong Tzu Khen Salah Seorang Diambil Keterangan Polis

TAWAU : Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aumas Berhad, Chong Tzu Khen dipanggil polis untuk memberi keterangan dikenal pasti beroperasi secara haram sejak November 2024 sehingga April tahun ini.

Beliau sejak semalam hingga hari hadir ke Balai Polis Tawau diambil Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sabah termasuk beberapa kakitangan Wullersdorf Resources Sdn Bhd, Anak Syarikat Aumas Berhad.

Sumber dalaman memaklumkan, Wullersdorf Resources Sdn Bhd memberitahu Sabah News Today, syarikat terbabit tersenarai di Bursa Malaysia itu menggunakan bahan letupan tanpa kelulusan Pihak Polis.

“Selain itu, tidak membuat pengumuman di Bursa bahawa syarikat tersebut tidak memiliki lesen melombong dalam tempoh tersebut.

“Terdapat transaksi urusan jual beli emas dijalankan walaupun Penasihat Undang-Undang Kementerian Sumber Asli dan Kelastrian Alam telah nengeluarkan perintah untuk tidak membenarkan sebarang transaksi jual beli mineral tanpa Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong yang sah daripada Jabatan Mineral dan Geosains Mslaysia,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya lagi, sebagai rujukan rujukan, Lesen Melombong dan Lesen Jual Beli Mineral hanya dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia melalui Akta Pembangunan Mineral 1994.

“Sejumlah 110 kilogram emas telah dirampas di Lapangan Terbang Tawau awal tahun 2024 dalam percubaan Chong Tzu Khen untuk menyeludup jongkong emas tersebut walaupun tidak memiliki lesen yang sah ketika itu.

“Terkini, Chong Tzu Khen sekali lagi menipu dan memperdaya pelabur kerana tidak mengistihar di Bursa bahawa tembok empangan Wullersdorf Resources telah runtuh dan menyebabkan suasana panik di persekitaran kampung berhampiran,” jelasnya.

Beliau berkata, kejadian ini berkemungkinan besar, air toksik yang tercemar tersebut mengalir ke sungai berhampiran.

Selain Chong Tzu Khen, turut diambil keterangan ialah Ketua Pegawai Operasi dan Bekas Ketua Pegawai Kewangan Wullersdorf Resources Sdn Bhd.

Sebagai tambahan, salah seorang pelabur Aumas Berhad yang hanya ingin dikenali sebagai ‘Yap’ berasa pelik kerana, walaupun pihak Jabatan Mineral mengarahkan pemberhentian operasi kilang Wullersdorf Resources, namun sehingga kini Chong Tzu Khen tidak membuat sebarang pengunguman di Bursa.