Bersatu Penampang sumbang lembu kepada Masjid AT-Taqwa RTM Sabah

PENAMPANG: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Penampang meneruskan trasidinya menyumbang seekor lembu kepada Masjid AT- Taqwa RTM Sabah sempena Hari Raya Aidiladha esok.

Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada)Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Ceasar Mandela Malakun berkata, sumbangan ini merupakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat sekali gus bersama-sama merayakan Aidiladha dalam suasana baharu.

“Sumbangan lembu ini merupakan komitmen berterusan daripada Ketua Bahagian Bersatu Penampang, Senator Datuk John Ambrose.

“Pada masa sama juga Bersatu Penampang juga menyumbang seekor lembu kepada Balai Polis Penampang bagi sama-sama meraihkan perayaan ini sekali gus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya kepada pemberita RTM di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Srikandi Bersatu Penampang Luvita Koisun.

Mandela berkata, sumbangan ini diharap dapat membantu orang ramai yang mendapat agihan daging dalam suasana ketat patuh prosedur operasi standard (SOP) ekoran pandemik Covid-19 sempena Hari Raya Aidiladha.

Sementara itu, Pengerusi Masjid AT-Taqwa RTM Sabah, Ruskap Muaram berkata, setakat ini sebanyak lima ekor lembu akan dikorbankan pada 22 Julai di perkarangan Bangunan RTM Sabah.

“RTM akan patuh kepada SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekali gus memastikan RTM menjadi contoh kepada masyarakat  di Sabah yang mematuhi SOP ini,” katanya.