Beras makanan utama rakyat, tidak boleh naik – Anwar Ibrahim

MUAR: Harga beras tempatan yang menjadi keperluan rakyat negara ini tidak akan mengalami peningkatan, malah bekalan bakal ditambah sekiranya berlaku kekurangan dalam pasaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kenaikan harga beras yang sedang hangat diperkatakan semua pihak.

Katanya, kerajaan memberi jaminan harga beras tempatan tidak akan naik, meskipun berlaku kenaikan membabitkan beras import terutama dari India.

“Beras sekarang ini naik harga, bawang dari India eksport naik cukai 40 peratus. Ada masalah? Ya, tetapi apa kita buat adalah kita kata, beras putih import naik harga memang tak boleh kawal.

“Beras yang dimakan oleh rakyat, tak boleh naik, itu keputusan kita tetapi ada yang cakap beras naik. Kenapa beli beras mahal, beras import, kalau nak beli beras basmati kenalah bayar, saya jaga rakyat dan kalau perlu tambah, kita tambah,” katanya dalam memetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Terdahulu, kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas), pegawai-pegawai tinggi Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dan pesawah pada Khamis ini bagi membincangkan isu bekalan beras tempatan.