Belanjawan 2024 Sabah sesuai dengan keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah mengalu-alukan peruntukan Belanjawan Negeri Sabah 2024 yang sesuai dengan keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Presidennya, David Chan berkata, kerajaan Sabah membentangkan belanjawan negeri berjumlah RM5.701 bilion untuk tahun depan, berbanding anggaran hasil negeri yang disasar mencapai RM5.737 bilion.

Katanya belanjawan itu yang dibentangkan Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Jumaat, menyaksikan lebihan sebanyak RM35.87 juta.

Katanya, dengan tema ‘Sabah Teguh, Rakyat Terbela’ untuk belanjawan negeri tahun depan, keutamaan peruntukan yang dikeluarkan adalah untuk membawa kesejahteraan hidup rakyat Sabah.

“Apa yang mustahak berkaitan bajet 2024, menunjukkan pertumbuhan ekonomi Sabah kekal positif. Pertumbuhan positif mencerminkan bahawa ekonomi Sabah berdaya maju,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut David Belanjawan 2024 telah disediakan untuk mencapai matlamat strategi strategi perbelanjaan meningkatkan dan memperkasakan pertumbuhan sektor-sektor utama iaitu pertanian dan keterjaminan makanan, perindustrian dan pelancongan.

“Tenaga boleh diperbaharui ekonomi untuk tenaga Hidro untuk melindungi industri mesra alam pelepasan karbon masa depan rakyat Sabah,” jelasnya.

Beliau berkata Bajet 2024 Sabah itu juga menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak tempatan Sabah.

Justeru itu, katanya, persatuan Pengguna berharap bajet kewangan akan datang akan membawa pemulihan ekonomi yang luar biasa selepas kemerosotan covid kerana banyak perniagaan PKS telah terjejas akibat Covid 19.