PITAS: Hujan berterusan sejak pagi tadi menyebabkan banjir kilat di kawasan Jalan Langkon, Pitas, melibatkan jarak dari CH 51.700 hingga CH 52.000.
Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya, pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan memasang Tanda Maut Peringatan (TMP) bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya.
Status terkini laluan:
Laluan masih boleh dilalui Tiada jalan alternatif disediakan buat masa ini.
Penduduk dan pengguna jalan dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan terjejas kerana paras air boleh naik dengan cepat.
Pihak berkuasa tempatan memantau keadaan dengan rapi dan akan mengeluarkan kemas kini sekiranya berlaku sebarang perubahan.
