26 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

Banjir di Pitas pulih, semua PPS ditutup

KOTA KINABALU: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Pitas, ditutup sepenuhnya hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, penutupan kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi membabitkan dua PPS terakhir, iaitu Dewan Kampung Kusilad dan Dewan Kampung Sinukab.

Katanya, kesemua mangsa berlindung di PPS berkenaan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing berikutan keadaan banjir sudah pulih.

Setakat pagi tadi, 559 mangsa banjir membabitkan 183 keluarga dari Kampung Kusilad, Kampung Desa Seberang, Kampung Kanibungan, Kampung Boribi dan Kampung Untang-Untang/Mulung Kulung masih berada di dua PPS berkenaan.

Petang ini, cuaca diramal cerah di kebanyakan daerah di Sabah, termasuk Kota Kinabalu, Pitas dan Kudat.

– BERNAMA

 

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles