KUALA LUMPUR: UMNO kini diibaratkan sebuah rumah pusaka, yang sedang terbakar hingga menyebabkan ramai penghuninya lari, tetapi mereka yang berusaha memadam kebakaran itu, ditarik keluar daripada api yang sedang memusnahkan itu.
Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Kelantan, Tan Sri Annuar Musa, selepas dilaporkan dipecat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi.
Katanya, ini, memberi isyarat terhadap kekecewaan itu sambil berkongsi gambar membantu kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai.
“Malam Jumaat, saya bermimpi. Rumah pusaka saya diami terbakar. Saya syak ada ‘main switch’ (suis utama) dah ‘short circuit’ (alami litar pintas) atau wayarnya terputus. Saya sayang rumah itu. Saya cuba memadam kebakaran supaya jangan lebih ramai penghuninya lari.
“Ketika api masih marak dan ramai yang terus lari meninggalkan rumah, tiba-tiba saya ditarik keluar dari api yang membakar. Kini saya hanya mampu melihat kebakaran dari luar.
“Walaupun saya amat sayang rumah itu,saya hanya mampu berdoa,” katanya Annuar dalam perkongsian di Facebook pagi ini.
Dalam mesyuarat malam tadi, selain Annuar, dua lagi pemimpin akar umbi yang dikenakan tindakan sama adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin, serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.