KOTA KINABALU: Sabah hari ini bersetuju membenarkan aktiviti rentas negeri mulai 1 November manakala rentas daerah bermula 14 Oktober 2021.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kemasukkan ke Sabah bagi aktiviti rentas negeri meliputi lawatan sosial dan pelancongan dibenarkan dengan syarat ditetapkan.
“Pertama individu telah lengkap divaksin; perlu menjalani uji9an COVID-19 RT-PCR atau RTK-Antigen (Swab/Saliva) dalam tempoh tiga hari sebelum perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.