KOTA KINABALU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob dilapor mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah berkuatkuasa hari ini.
Yusof, yang juga Ketua Penerangan Warisan, berkata beliau kini ADUN bebas tetapi menyokong Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dan di peringkat negeri, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor.
Katanya lagi, beliau telah membincangkan perkara ini dengan Presiden Warisan Shafie Apdal, yang tidak membantah keputusannya.
“Saya buat keputusan ini untuk rakyat, terutamanya di Sipitang, dan demi kestabilan politik,” katanya falam sidang media beliau di sini hari ini.
Yusof adalah ADUN kedua yang meninggalkan Warisan selepas Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik) pada 25 Feb.