ADUN Kuamut hadir ke pejabat SPRM beri keterangan

KOTA KINABALU: Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi bagi memberi keterangan susulan video tular dikaitkan dengan beliau dimuat naik sebuah portal berita semalam.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu tiba tepat jam 9.00 pagi tadi di pejabat SPRM, Kota Kinabalu bagi memberi keterangan berhubung video tular berkenaan.

“Kehadiran saya ke pejabat SPRM sebagai komitmen untuk memberi kerjasama sepenuhnya membolehkan pihak berwajib melakukan siasatan terperinci berhubung rakaman video tersebut

“Pegawai SPRM mengambil masa dua jam 30 minit untuk merekodkan keterangan saya pagi ini dan saya berbuas hati dapat memberi kerjasama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Masiung berlata, pegawai SPRM begitu profesional dan dedikaasi ketika melakukan siasatan sekali gus mengalu-alukan mana-mana pihak berwajib untuk menjalankan siasatan terhadap dakwan ini berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya.

“Rakaman video telah disunting dan ditambah terlebih dahulu sebelum disiarkan.

“Rakaman video tersebut jelas tidak mengambarkan cerita sebenar, kerana ia disunting seolah-olah cerita itu berpihak kepada individu yang membuat rakaman tersebut,” jelas Masiung.

Menurutnya, beliau bersedia dipanggil SPRM bila-bila masa tanpa memberi alasan sakit atau sibuk dengan komitmen tugas.

“Saya berharap SPRM memanggil individu yang membuat rakaman tersebut untuk siasatan terperinci dan menyerahkan rakaman video sebenar perbualan berkenaan.

“Kita yakin akan wujud campur tangan politik melibatkan parti pembangkang yang sengaja memerangkap beberapa Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai komplot menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor,” tambah Masiung.

Beliau berkata, beliau sudah menjangkakan pembangkang akan melakukan komplot kerana berasa tergugat dengan kecemerlangan kerajaan negeri diterajui Hajiji menerusi Belanjawan Sabah 2025 diluar dugaan sebanyak RM7.421 bilion yang tidak pernah dilakukan pembangkang semasa menjadi kerajaan sebelum ini.

“Saya meminta rakyat di kawasan Kuamut bertenang serta tidak memberi memberi sebarang spekulasi sekali gus memberikan,” ujarnya.