MELAKA: Wakil Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem melahirkan keyakinan untuk memastikan masalah rakyat yang diwakili akan dapat diselesaikan secara berperingkat-peringkat.
Katanya, jika diberikan mandat kelak tumpuan lebih diberikan kepada aspek pembangunan ekonomi, infrastruktur serta prasarana khususnya di DUN Duyong.

“Ini adalah selaras dengan aspirasi sebagai orang muda yang mahu melihat Dun Duyong maju selaras dengan pembangunan yang ada di negeri Melaka.
“Alhamdulillah, beberapa hari ini saya sempat menyantuni penduduk di sekitar DUN Duyong terutama di Bukit Ranting dan Semabok.
Mohd Noor berkata, antara runggutan mereka termasuk melihat beberapa permasalahan peniaga ingin memohon lesen perniagaan secara kecil-kecilan.

Mohd Noor berhadapan enam penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini bagi DUN Duyong menjelang 20 November ini.
Mereka adalah Gan Tian Soh(Bebas); Mohd Faizal Amzah (Putra); Damian Yeo Shen Li (PH); Datuk Kamarudin Sidek (PN-PAS) dan Muhamad Hafiz Ishak (Bebas).
