Harun Ismail sertai kepimpinan tertinggi Warisan

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) terus memperkemaskan barisan kepimpinannya apabila Datuk Harun Ismail dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti itu.

Pelantikan berkenaan diumumkan Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas Mesyuarat AMT Warisan yang berlangsung di ibu pejabat parti di Kolombong, baru-baru ini.

Pelantikan Harun dilihat mampu memberi suntikan baharu kepada kepimpinan parti terutama dalam memperkukuh jentera serta gerak kerja di peringkat akar umbi.

Perkembangan tersebut turut menjadi perhatian di Pitas dan Parlimen P167 Kudat ketika Warisan sedang memperkemaskan persiapan menghadapi PRU akan datang.

Kemasukan Harun dalam AMT berlaku ketika Warisan meningkatkan usaha memperkukuh kedudukannya dan menyusun strategi politik bagi menghadapi saingan pilihan raya.

Sebagai anggota kepimpinan tertinggi parti, Harun dijangka memainkan peranan dalam gerak kerja serta pelaksanaan strategi Warisan bersama barisan kepimpinan sedia ada.