1,000 semarak pelancaran Bulan Kebangsaan di Sabah

KOTA KINABALU: Kira-kira 1,000 tetamu menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2026 yang berlangsung di Menara Kinabalu pada Sabtu.

Majlis disempurnakan oleh wakil Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Turut berlangsung ialah penyerahan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah kepada wakil pelbagai kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan organisasi sebagai simbolik menyemarakkan semangat patriotisme.

Majlis diakhiri dengan pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2026 yang akan menjelajah ke seluruh Sabah sepanjang Bulan Kebangsaan.