TENOM: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kes buli membabitkan seorang murid perempuan berusia 10 tahun di sebuah asrama sekolah di Tenom selepas video kejadian itu tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Tenom, Supt Azmir Abdul Razak berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurut beliau, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan antara mangsa dan seorang pelajar perempuan berusia 11 tahun selepas pakaian milik suspek terjatuh daripada ampaian.
Siasatan juga mendapati dua pelajar lain dipercayai merakam kejadian menggunakan telefon bimbit sebelum video itu dimuat naik ke status WhatsApp.
Setakat ini tiga individu telah dipanggil memberi keterangan manakala beberapa telefon bimbit turut dirampas bagi membantu siasatan.
