Maxim terus komited bantu tingkat kesedaran derma darah

KOTA KINABALU: Maxim Kota Kinabalu terus memperkukuhkan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat menerusi penglibatan dalam Kempen Almacrest Blood Donation 2.0.

Program yang melibatkan lebih 50 peserta itu dianjurkan dengan kerjasama Almacrest International College serta disertai pelajar, rakan pemandu dan kakitangan syarikat.

Ketua Maxim Kota Kinabalu, Dennie Dimpat berkata, kempen tersebut bukan sahaja membantu menambah bekalan darah negara, malah meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menderma darah secara berkala.

Menurut beliau, setiap sumbangan darah berpotensi menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan, pembedahan serta rawatan penyakit kronik.

“Maxim akan terus menyokong program komuniti yang memberi manfaat kepada masyarakat dan membantu memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan negara,” katanya.