Warga emas tersepit selepas van terbabas di Semporna

SEMPORNA: Seorang lelaki berusia 65 tahun tersepit selepas van dipandunya terbabas dalam kejadian di Jalan Simpang Pegagau, pagi tadi.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna menerima panggilan kecemasan pada jam 9.14 pagi sebelum tiba di lokasi pada 9.36 pagi.

Komander Operasi, PBK I Badri Alkap berkata, mangsa didapati tersepit di dalam kenderaan sebelum dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat khas.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Semporna,” katanya.

Operasi dikawal pada 9.56 pagi dan ditamatkan pada 10.04 pagi.