KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memohon Program Asasi Sains Sosial (Aliran Pengajian Islam) bagi sesi pengambilan terbaharu.
Fakulti Pengajian Islam UMS menerusi satu kenyataan pada Isnin memaklumkan bahawa permohonan kini dibuka secara manual kepada calon yang berkelayakan.
Menurut kenyataan itu, program asasi berkenaan merupakan laluan khusus kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang pengajian Islam di universiti tersebut.
Antara bidang yang ditawarkan ialah Ijazah Sarjana Muda Syariah, Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Ijazah Sarjana Muda Pendarasan Islam.
Dalam pada itu, ibu bapa yang mempunyai anak lepasan SPM digalakkan merebut peluang tersebut bagi memastikan kesinambungan pendidikan dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf.
Bagi calon yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian melalui pautan rasmi yang disediakan pihak universiti.
Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada Penyelaras Program Asasi, Dr Mohd Jainudin Hj Peran di talian 013-890 6246 atau e-mel Jainudin.peran@ums.edu.my.
