KOTA KINABALU: Pantai Tanjung Aru bertukar meriah dan penuh warna-warni apabila PGRS Tanjung Aru menganjurkan Pertandingan Laga Layang-Layang & Reka Bentuk Tercantik selama dua hari!
Belia Tanjung Aru tampil dengan idea kreatif dan rekaan layang-layang yang unik — bukti semangat komuniti dan daya cipta yang tinggi.
Ahli Jawatankuasa PGRS Tanjung Aru, Dr. Ritchie Jay Cheng, berkata program ini bukan sekadar pertandingan, tapi juga usaha menghidupkan semula seni tradisi yang menjadi identiti rakyat Sabah.
Beliau turut menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, dalam mempertahankan hak negeri Sabah termasuk tuntutan 40 peratus hasil negeri.
“Ini kemenangan rakyat Sabah — hasil perjuangan konsisten kerajaan negeri,” katanya.
Acara ini turut disokong penduduk setempat dan dijangka menjadi tarikan tahunan pelancongan Pantai Tanjung Aru.
