Pelabuhan SOGIP perkukuh perdagangan, pacu pertumbuhan ekonomi di Sabah

KOTA KINABALU : Pelabuhan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) di Sipitang bakal menjadi pintu yang menghubungkan Sabah ke seluruh dunia.

Pengerusi Sogip Port Sdn Bhd,  Datuk Harun Ismail berkata, lokasi yang strategik itu berpotensi memperkukuh perdagangan antarabangsa dan memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang minyak dan gas.  

Katanya, dalam beberapa tahun,pembangunan pelabuhan moden, cekap, dan mampan ini akan menjadi asas penting dalam menyokong pelbagai jenis kargo serta akan menyumbang besar kepada ekonomi Sabah.

”Di bawah Pelan Pembangunan Induk SOGIP (SMDP), pembangunan Pelabuhan SOGIP akan merangkumi pelbagai kemudahan utama.

“Ini termasuklah Jeti Kargo Am yang menyediakan dermaga kontena dan dermaga kargo break bulk, Jeti Kargo Cecair, Single Buoy Mooring (SBM), Jeti Kargo Kering, dan Jeti PETRONAS,” katanya kepada secara Eksekutif kepasa Sabah News Today di pejabatnya di sini semalam.

Harun berkata, kemudahan tambahan seperti ‘Barge Landing’ atau MOLF turut disediakan. Jeti PETRONAS khususnya jeti ZLNG dan SAMUR, mengendalikan pengeksportan produk seperti LNG, ammonia, dan urea.

“Jeti Kargo Kering pula dijangka mampu menampung kapal Valemax dengan panjang keseluruhan 380 meter.

“Berat muatan sehingga 400,000 DWT dan ia direka khusus untuk mengendalikan kargo bijih besi (iron ore) secara pukal,” jelas Harun.

Menurutnya, sebagai tambahan, Bangunan Menara Kawalan dan ‘One Stop Center’ Pelabuhan SOGIP juga akan dibina untuk menyokong operasi pelabuhan dan memperkukuh perkhidmatan logistik di kawasan ini.

Dalam pada itu, Harun dalam sidang medianya berkata, Pelabuhan SOGIP akan menjadi sebuah pelabuhan yang mampu menampung jumlah transaksi terbesar di negeri ini.

”Kita jangkakan dalam tiga hingga empat tahun yang mendatang ni ’volume’ yang akan dikendalikan melalui pelabuhan ini akan menjadi satu volume yang agak besar di Sabah.

“Ini berdasarkan kepada pelabur-pelabur sudah menandatangani list aggrement dengan SOGDC,”kata Harun.