KOTA KINABALU : Sempena menjelang perayaan Krismas dalam beberapa hari ini, Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS), tidak ketinggalan meraikan sambutan perayaan bersama-sama dengan kakitangan CIS.
Dalam majlis itu, dua ahli keluarga bekas kakitangan CIS turut menerima sumbangan yang disampaikan Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim.
Menurutnya, prestasi syarikat CIS pada tahun ini adalah sangat baik.
“Ini merupakan tahun keempat saya menjadi Pengerusi CIS sejak tahun Nov 2020.
“Saya berharap prestasi CIS akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang,” katanya di sini semalam.
Menurutnya, kakitangan CIS perlu menjadikan Hari Krismas yang akan disambut tidak lama lagi, sebagai wadah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan, persaudaraan dan setia kawan sesama mereka dan bekerja berpasukan untuk mencapai matlamat organisasi.
Hadir sama, Pengurus Besar, Sumardi Mohd Yusof, Pengurus Kanan 1 Operasi Kilang, Rajesh Yusof.
