KOTA KINABALU : KKIP Power Sdn Bhd menyerahkan dividen berjumlah RM3.14 juta kepada syarikat induknya, KKIP Sdn Bhd, bagi tahun berakhir tahun lalu.
Pengerusinya, Datuk Dr Joseph Lee menyerahkan cek tersebut iaitu merupakan sebahagian daripada dividen RM6.15 juta yang diisytiharkan KKIP Power.
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe merupakan Pengerusi KKIP Sdn Bhd menerima cek berkenaan sambil disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor turut di Menara Kinabalu di sini hari ini.
KKIP Sdn Bhd merupakan pemegang 51 peratus saham dalam KKIP Power.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi KKIP Power, Datuk Tham Nyip Shen serta Ketua Pegawai Eksekutif, Charles Dalansing
