Masyarakat perlu menghormati hak kebebasan bersuara secara adil dan saksama -Simsudin

LABUAN : Masyarakat khususnya di Labuan perlu menghormati hak kebebasan bersuara secara adil dan saksama dilaksanakan di negara ini.

Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin berkata, setiap individu dalam masyarakat harus menghargai kebebasan bersuara yang mereka miliki sekali gus memastikan kebebasan ini tidak disalah guna.

Katanya,pada masa sama masyarakat harus menghormati hak serta kebebasan orang lain bagi mewujudkan suasana yang adil dan saksama.

“Program Jiwa Komuniti Madani melambangkan masyarakat bersemangat tinggi bersatu padu dan komited untuk mengekalkan kemakmuran negara disamping berusaha untuk mencapai kemajuan yang berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jiwa Komuniti Madani @Merdeka di Balai Raya Bukit Kuda di sini baru-baru ini.

Simsudin berkata, program Jiwa Komuniti Madani bukan sahaja dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman rakyat.

“Ini khususnya mengenai kebebasan bersuara tetapi juga memainkan peranan dalam menyokong mengenai dasar dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan,” jelasnya.

Hadir sama, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Farahani Mohd Asli.