TAWAU : Seorang lelaki warga asing, Raihan Saleh, 21, telah dijatuhkan hukuman penjara empat hari dan denda RM11,000 atas empat pertuduhan trafik, termasuk menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.
Tertuduh Raihan Saleh, 21, melakukan kesalahan tersebut berlaku pada 3 Ogos lalu sekitar jam 10.41 malam di Batu 1 Jalan Apas, Tawau.
Raihan didapati mempunyai kandungan alkohol dalam darah melebihi had yang dibenarkan selepas ujian saringan pernafasan. Dia didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun dan denda sehingga RM30,000.
Selain itu, Raihan turut didakwa atas tiga pertuduhan lain: menunggang motosikal tanpa lesen, tidak memaparkan nombor pendaftaran kenderaan, dan tidak mempunyai insurans.
Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin menjatuhkan hukuman penjara serentak selama empat hari dan denda RM11,000, dengan tempoh penjara berjalan serentak.
Mahkamah turut memerintahkan penjara tambahan sebulan jika denda tidak dibayar dan melarang Raihan daripada memohon lesen memandu selama dua tahun.
Raihan juga akan dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia selepas menjalani hukuman.
Pendakwaan dikendalikan oleh Asisten Superintenden Joan Lee, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.