TAWAU : Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Tawau disaran memantapkan dakwah kepada masyarakat Islam dan menjadikan Masjid Raya Tawau sebagai hub dakwah.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, beliau melahirkan keyakinan pengalaman serta kepimpinan peneraju USIA Bahagian Tawau mampu merealisasikan hasrat ini agar USIA terus relevan pada masa akan datang.
Katanya, ahli USIA Bahagian Tawau perlu mendekati melibatkan generasi muda dalam menganjurkan pelbagai aktiviti agar usaha menyebarkan dakwah islam dapat dilaksana sehingga ke peringkat akar umbi.
“Kita melihat ushasama sebegini harus dipertahankan kerana kejayaan sesebuah organisasi apa lagi organisasi yang berbentuk dakwah persatuan perpaduan dan juga kerjasama itu harus sentiasa ada,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan USIA Bahagian Tawau kali ke 36 di Dewan Tun Mustapha Masjid Bandar Raya Tawau, di sini hari ini.
Nizam merupakan Naib Yang DiPertua USIA menasihatkan agar semua ahli jawatankuasa USIA Bahagian Tawau terus mengekalkan semangat kekitaan dan persahabatan yang terjalin sekaligus memberikan sokongan kepada barisan jawatankuasa baharu yang dilantik.
