30 rumah atas air di Kampung Simunul Semporna roboh

SEMPORNA : Sebanyak 30 buah rumah atas air roboh dalam kejadian di Kampung Simunul lorong Tiga Semporna di sini tengahari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata, ketika ini semua mangsa di tempatkan sementara di kawasan Dewan Kampung Simunul.

Katanya, setakat ini tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

“Pihak bomba menerima panggilan pada jam 12.02 tengahari tadi kemudiannya bergegas ke tempat pada jarak tiga kilometer.

“Pihak bomba bersama kekuatan enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna sambil dibantu lagi lima anggota Balai Bantuan Semporna diketuai Komander Operasi Mohd Akhimullah Adan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, selepas memastikan tiada bahaya lain di kawasan kejadian operasi ditamatkan pada jam 5.31 petang tadi.