Hub Kewangan Labuan perlu diperluaskan secara holistik bagi menarik pelabur ke nagara ini

LABUAN: Wilayah Persekutuan Labuan yang menjadi Hub Kewangan perlu diperluaskan secara holistik bagi menarik pelabur ke nagera ini.

Selain itu, ia bukan saja mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, tetapi juga menjadikan Labuan sebagai destinasi hub kewangan yang berdaya saing sekaligus mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa bersama Asnaf dan Pemimpin Masyarakat di Desa Tunas Hijau di sini, semalam.

Katanya, Labuan yang kini merupakan Pusat Kewangan Antarabangsa perlu diberi perhatian daripada Kerajaan Persekutuan ini kerana Labuan bukan sahaja mempunyai lokasi yang strategik untuk menjadi pilihan pelabur antarabangsa tetapi juga bakal menerima limpahan ekonomi hasil daripada perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

“Kemudahan hub Kewangan Labuan perlu diperkasakan bagi memastikan Labuan dan negara secara keseluruhannya mendapat manfaat hasil daripada perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

“Disamping kerancakan ekonomi di pulau ini akan memberi kesan yang positif dengan kawasan sekitarnya, khususnya negeri Sabah kerana akan menerima limpahan hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan kepada 100 penerima asnaf dan seterusnya menunaikan solat Maghrib berjemaah di Surau Ummi Hadijah Desa Tunas.

Hadir sama, Naib Presiden Parti Warisan Datuk Ju
Jaujan Sambakong, Setiausaha Agung Parti Warisan Datuk Lorreto Padua dan Ketua Bahagian Parti Warisan Labuan Datuk Rozman Isli.

GAMBAR: SHAFIE menyampaik