Kehilangan wang jadi punca pelajar maut dipukul

LAHAD DATU: Kehilangan wang dipercayai menjadi punca perselisihan faham hingga menyebabkan seorang pelajar maut dipukul di Kolej Vokasional di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dr Rohan Shah Ahmad berkata pelajar yang maut dikenali sebagai Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17.

Katanya, ianya berlaku selepas dua pelajar mendakwa Kehilangan wang berjumlah RM50 dan RM35.

Mangsa dituduh sebagai pencuri dan dipukul sehingga mati oleh kesemua suspek, katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Rohan berkata, 13 pelajar kolej itu berusia antara 16 hingga 19 tahun ditahan untuk membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam kes ini.

Menurutnya, Mahkamah Majistret Lahad Datu telah membenarkan tahanan reman selama enam hari bermula hari ini

Katanya, setakat ini, polis turut mengambil keterangan ke atas 12 saksi bebas antaranya empat warden asrama, Pegawal Keselamatan dan beberapa pelajar.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing terhadap kesemua suspek didapati bebas daripada penyalagunaan dadah.

Polis turut merampas 12 telefon bimbit milik suspek, katanya.

Rohan berkata, polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat mayat mangsa daripada Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi mengenalpasti punca kematian mangsa.