MBL martabatkan golongan belia di peringkat kampung – Mohd Rafi

LABUAN : Majlis Belia Labuan (MBL)  telah memainkan peranan   dalam membentuk belia menjadi insan yang lebih holistik serta  melahirkan belia sebagai pemimpin khususnya di peringkat kampung.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Apresiasi Majlis Belia Labuan (MBL) 2024 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Mohd Rafi merupakan penaja majlis tersebut  berkata, tidak dapat dinafikan MBL Labuan juga telah memainkan peranan  dalam membela dan memperjuangkan nasib belia di pulau ini.

“Belia adalah aset emas yang perlu diberi penghargaan yang tinggi dan diangkat martabatnya untuk masa depan negara…. belia merupakan pemimpin masa depan Negara.

“Saya sebagai salah seorang pemimpin di pulau ini amat terharu dengan komitmen yang diberikan  oleh MBL kerana mereka telah banyak berjasa dan berkorban masa  dalam memartabatkan golongan belia di pulau ini” katanya.

Justeru itu, beliau akan sentiasa menyokong dan membantu apa juga yang diperlukan oleh MBL.

Dalam waktu yang sama beliau   akan menyuarakan status MBL yang bertaraf Majlis Belia Kawasan (MBK)  untuk diangkat sebagai Majlis Belia Negeri (MBN)  selaras dengan status Labuan yang diiktiraf sebagai Wilayah Persekutuan.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS)  diharap dapat melihat dengan serius  untuk mengangkat status  MBL sebagai sebuah negeri yang bernaung terus dengan Majlis Belia Malaysia” katanya.

Katanya, beliau akan suarakan semasa pertemuan beliau dengan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada 27 Febuari ini di Putrajaya.

Mohd Rafi berkata, MBL memerlukan peruntukan yang lebih bagi badan itu memperbanyakan program dan aktiviti  yang berimpak tinggi.

Sementara itu, Presiden MBL Labuan, Nazera Roslan ketika berucap berkata, majlis itu bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada belia khususnya persatuan dan kelab belia.

Selain itu penghargaan  juga turut diberikan kepada agensi dan jabatan kerajaan serta NGO yang  telah banyakmembantu dalam menjayakan agenda pembangunan belia di Labuan.

Nazera turut memaklumkan  mantan Presiden Belia Labuan yang lepas, Abdul Mutalif Sahari dilantik Pengerusi Tetap MBL dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail sebagai penaung, manakala Pengarah Jabatan hal Ehwal Korporat Perbadanan Labuan, Mahathir Abdul Hamid di lantik  sebagai Penasihat MBL bagi sesi 2024/2025.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mahanum Fauzi,  Ahli Parlimen Belia Labuan,  Yusrie Mohd  Daud dan  Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA), Sophian Said.