Majlis MOU Perkeso dan Sekretariat SMJ bagi program menoktahkan miskin tegar di Sabah

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri terus komited dalam usaha menoktahkan miskin tegar di Negeri Sabah menjelang tahun 2024. Ke arah usaha itu, kerajan negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya, Jabatan Ketua Menteri telah

dipertanggungjawabkan bagi menerajui dan menyelaras inisiatif serta program menoktahkan miskin tegar di negeri ini.

Sekretariat Sabah Maju Jaya (Sekretariat SMJ) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengadakan Majlis Menandatangi Memorandum of

Understanding (MoU) bagi Program Social Synergy bertempat di Pejabat Sekretariat Sabah Maju Jaya, Tingkat 15, Menara Kinabalu.

MoU ini telah ditandatangani pada hari ini perjanjian ini merupakan dalam memperkukuhkan Program Menoktahkan Miskin Tegar di Negeri Sabah.

Selain itu, sebagai penetapan landasan bagi kerjasama jangka masa panjang kepada program menoktahkan miskin tegar di negeri ini yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan juga kepada golongan sasar program ini.

MoU ini akan menyaksikan kerjasama dalam Pelaksanaan Program Social Synergy Secara Individu & Berkelompok bagi Program Menoktahkan Kemiskinan Tegar di Sabah, Jalinan Kerjasama Strategik Bersama Agensi-Agensi Pemberi Bantuan Perkongsian Kepakaran Teknologi Maklumat, Program Kesedaran Perlindungan Keselamatan Sosial, Program Intervensi Pasaran Kerja dan Perkongsian Data.

Justeru itu, kerjasama ini akan memperlihatkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan Program Menoktahkan Miskin Tegar di Negeri Sabah dengan jalinan kepakaran dan sumber teknologi selari dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0: 2021-2025 iaitu Teras M: Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat dan Pemboleh

Daya 3: Keberkesanan dan Kecekapan Penyampaian.

MoU ini telah ditandatangani oleh Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya mewakili Kerajaan Negeri Sabah dan Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,