LABUAN : Seramai 50 kanak kanak menyertai Program Berkhatan beramai-ramai anjuran USIA Bahagian Labuan, di sini semalam.
Program bersama Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan.
Program berlangsung di Klinik Kesihatan Membedai dirasmikan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) USIA pusat, Yahya Bakri.
Hadir sama, Timbalan Ketua USIA Bahagian Labuan, Sahari Amdan dan Ketua Wanita USIA Bahagian Labuan, Dg Sharifah Mahmud serta beberapa ahli Jawatankuasa USIA Bahagian Labuan.
Yahya merupakan Naib Ketua USIA Bahagian Labuan berkata, program berkhatan beramai-ramai merupakan aktiviti tahunan USIA melibatkan 10 Cawangan USIA ada di Labuan.
“Kos pengurusan untuk berkhatan ditanggung sepenuhnya pihak USIA Bahagian Labuan.
“Program merupakan usaha USIA Labuan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli-ahli USIA”, katanya.
