29 C
Kota Kinabalu
Wednesday, March 22, 2023

4,360 KIR terima bakul makanan di DUN Silam: Abdul Hakim

LAHAD DATU: Sejumlah 4,360 Ketua Isi Rumah (KIR) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam menerima bakul makanan di sini semalam

Ketua Parti Pribumi Bersatu Bahagian Lahad Datu (Bersatu) Abdul Hakim Gulam Hassan berkata, bantuan bakul makanan ini sudah disalurkan kepada 33  kampung dalam kawasan DUN Silam.

“Semua agihan bakul makanan itu dikendalikan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana bagi memudahkan mengenalpasti penduduk yang terjejas sekali gus memerlukan bantuan akibat terputus bekalan.

“Bantuan itu sebagai bukti keprihatinan kerajaan negeri dalam usaha membantu untuk meringankan beban rakyat susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa program penyerahan Bantuan Bakul Makanan 3.0 Negeri Sabah di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Paras Pulau Sakar, di sini semalam.

Abdul Hakim berkata, kerajaan memahami kesusahan yang dihadapi rakyat kerana terpaksa menghadapi PKP yang berpanjangan.

“Kita mohon agar semua penduduk di daerah ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan agar supaya tiada lagi jangkitan wabak berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai pembangunan di Pulau Sakar, katanya kerajaan melalui pejabat daerah meluluskan peruntukan sebanyak RM105,000 bagi membaik pulih pembangunan dan infrastruktur di pulau ini.

“Peruntukan ini akan digunakan untuk membaikpulih Masjid Kg. Tanjung Paras; Jambatan Kampung Look Giam; Jambatan Kg. Tanjung Paras serta jambatan Kg. Taruakan, Pulau Sakar.

“Difahamkan juga Pulau Sakar sudah lama menghadapi masalah air dan ia sudah mendapat perhatian daripada pihak kerajaan untuk diatasi secepat mungkin,” katanya.

SabahNewsToday

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles