3 lelaki curi 47 tandan buah Kelapa Sawit’ diberkas polis

TAWAU: Polis menahan tiga lelaki selepas dipercayai mencuri 47 Tandan ‘Buah Kelapa Sawit’ bernilai RM600 di kawasan ladang Merotai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, ketiga-tiga mereka berusia antara 24 hingga 53 tahun manakala dua daripada mereka tidak memiliki dokumen yang sah.

Katanya, suspek ditahan jam 8.10 pagi semalam selepas polis menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kegiatan berkenaan.

“Bertindak atas maklumat sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai ke kawasan ladang Merotai Plantation melihat kelibat dengan tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan,” katanya.

Jasmin berkata, pihak turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama 47 tandan buah sawit bernilai lebih kurang RM600.

“Suspek bersama rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,”

katanya.