SEMPORNA : Pemilik kenderaan yang belum dituntut diminta segera berhubung dengan Balai Polis Semporna dengan kadar segera.
Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata sebanyak 27 buah kenderaan masih belum dituntut sehingga kini.
“Semua pemilik kenderaan berkenaan diminta hadir ke Balai Polis Semporna untuk membuat tuntutan tersebut.
“Tuntutan boleh dibuat bermula sekarang sehingga 17 Julai depan dan perlu membawa semua dokumen pemilikan kenderaan yang mahu dituntut,”katanya dalam kenyataan media, di sini semalam
Menurutnya, semua Kenderaan tersebut perlu dituntut mengikut masa yang telah ditetapkan untuk tindakan selanjutnya.
“Polis berharap semua pemilik kenderaan tersebut memberikan kerjasama bagi memudahkan urusan tuntutan.
“Sekiranya harta-harta tersebut tidak dituntut seperti dalam tempoh pemberitahuan, maka kenderaan itu akan dilelong mengikut peruntukan dibawah Seksyen 22 Akta Polis 1967,”katanya.
SabahNewsToday