RANAU: Seramai 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sekitar daerah ini, semalam.
Dalam operasi berkenaan, seramai 38 individu diperiksa dan hasilnya 23 orang ditahan kerana disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63.
Mereka yang ditahan terdiri daripada 21 lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa.
Operasi itu membabitkan seramai 16 pegawai JIM Sabah dari Pejabat Imigresen Daerah Ranau dengan bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Ranau.
Menurut kenyataan JIM Sabah, semua individu terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/63.
JIM Sabah menegaskan tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji PATI, selain meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin di kawasan masing-masing.
