10,000 hadir pelancaran Jentera BN di Sandakan

KOTA KINABALU: Dianggarkan lebih 10,000 orang akan hadir pada program Jelajah Gelombang Biru serta Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) di Padang Perbandaran Sandakan ahad ini.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, program kali keempat ini dianjurkan selepas siri kesenimbungan program sama berlangsung di daerah Tawau, Kota Belud dan Pensiangan.

Iklan murah di Sabahnewstoday.

Katanya, acara bermula pada 1 Oktober dengan pelbagai pengisian program termasuk Uji Bakat serta persembahan hiburan pentas menampilkan barisan artis tempatan.

“Perasmian Jelajah Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera disempurnakan Ahli Majlis Tertinggi Umno (AMT) yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Kita jangkakan seluruh pemimpin BN di zon akan turun sama datang sekali gus menyatakan solidariti ahli parti untuk bersama-sama berjuang dalam menghadapi pilihanraya umum ke-15 (PRU-15),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bung Moktar yang juga Ketua Umno Sabah, berkata, jelajah pelancaran jentera BN akan diteruskan lagi di beberapa kawasan melibatkan Kudat Kota Marudu termasuk di Zon empat Ranau, Keningau dan Tenom.

Ini termasuk kawasan Zon tiga Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang serta Sepanggar, Kota Kinabalu Putatan dan Penampang melibatkan Zon dua.