๐—๐—ฒ๐—ณ๐—ณ๐—ฟ๐—ฒ๐˜† -๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—•๐—ฒ๐—น๐—ถ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฅ๐—ก-๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต โ€“ Siapa khianati siapa?

KOTA KINABALU : Kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, yang menuduh UMNO Sabah dan Barisan Nasional (BN) sebagai tidak menepati janji dalam PRN16 Sabah adalah satu pembohongan serta cubaan menutup pengkhianatan yang dilakukan oleh beliau sendiri.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir berkata, pertama sekali, pertembungan โ€˜friendly contestโ€™ dalam PRN16 tidak boleh dianggap sebagai pelanggaran janji.

Katanya, ini kerana gabungan ketika itu adalah satu pakatan longgar yang dibentuk untuk menumbangkan Warisan dan Pakatan Harapan (PH).

โ€œGRS hanya diumumkan secara rasmi pada hari penamaan calon, 12 September 2020.

โ€œSebelum itu, rundingan hanya berlaku antara BN dan PN, sementara PBS masih berteka-teki,โ€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Suhaimi merupakan Ahli Parlimen Libaran berkata, sebarang pertembungan BN dan PBS ketika itu tidak boleh dianggap sebagai pengkhianatan.

โ€œJeffrey jangan lupa bahawa STAR sendiri yang mengkhianati kesepakatan dengan meletakkan calon menentang BN di kerusi yang telah dimenangi BN pada PRN 2018 iaitu DUN Paginatan, dan DUN Sook.

โ€œSelain itu, STAR juga meletakkan calon menentang PBS di enam kerusi lain, mencerminkan sikap oportunis mereka walaupun hanya memiliki dua kerusi sebelum PRN16 (Bingkor dan Tambunan),โ€ jelas Suhaimi.


Menurutnya, pengkhianatan lebih besar berlaku apabila PN turut โ€˜merestuiโ€™ calon-calon bebas โ€˜Mesra Perikatan Nasionalโ€™ untuk menentang BN.

โ€œSelepas menang, mereka diterima masuk ke dalam kerajaan. Bukankah ini satu pengkhianatan terang-terangan?

โ€œPendek kata, yang tidak boleh dipercayai ialah Jeffrey dan PN sendiri, bukan BN,โ€ kata Suhaimi.

Justeru, Jeffrey tidak layak berbicara soal kesetiaan dan kepercayaan kerana rekodnya sendiri membuktikan sebaliknya.