Wujudkan hukuman sebat terhadap penjenayah kes buli – Masiung

TONGOD: Cadangan mewujudkan Akta lebih berat termasuk hukuman sebat wajar dilaksanakan terhadap penjenayah buli dalam kalangan pelajar terutama melibatkan kehilangan nyawa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, memandangkan akta yang ada sekarang tidak menakutkan pembuli kerana belum ada undang-undang khusus mengenai jenayah buli.

Katanya, selain melibatkan kematian, jenayah serius termasuk kecederan parah kepada mangsa hendaklah dimasukan dalam cadangan akta berkenaan.

“Hukuman sebat lebih priktikal kepada penjenayah juvana sebagai keadilan kepada keluarga mangsa yang telah kehilangan nyawa.

Akta itu dianggap masih ringgan berbanding hukuman gantung sampai mati yang dikenakan ke atas penjenayah dewasa,” katanya di sini semalam.

Masiung merupakan Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) diminta mengulas mengenai kejadian buli hingga menyebabkan kematian ke atas adik, Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, pelajar tingkatan satu di Asrama Sekolah Menangah Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha di Kinarut pada 16 Julai lalu.

Menurutnya, golongan muda remaja dan ibu bapa tahu pesalah juvana cuma dijatuhi hukuman penjara hanya dalam tempoh beberapa tahun selain denda jika sabit kesalahan membunuh atau mencederakan mangsa.

“Kes bunuh yang diklasifikasikan jenayah paling serius di kalangan pelajar terutama di asrama tidak akan dapat dibenteras selagi tiada undang-undang khusus yang lebih berat.

“Kekerapan berlakunya kes buli di negara ini  melibatkan pelajar menengah dan institusi pengajian tinggi hingga menyababkan kematian kerana wujudnya kelemahan peruntukan undang-undang sedia ada,” jelasnya.

Masiung berkata, pemasangan CCTV hendaklah diwajibkan disetiap bangunan sekolah dan asrama bagi mengesan kes buli dan perkara tidak bermoral di kalangan pelajar.

Pada majlis graduasi itu beliau telah meluluskan peruntukan RM36 ribu untuk pemasangan CCTV di bangunan sekolah dan asrama bagi Sekolah Menangah Entilibon, Penangah dan Tongod.