SEMPORNA: Kerjasama antara Parti Warisan (WARISAN) dan UMNO pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah yang datang kini hampir pasti menjadi kenyataan.
Presiden Warisan,Datuk Mohd Shafie Apdal berkata, beliau bersedia melupakan sengketa lama bagi memastikan perpaduan, kemajuan dan kestabilan politik di Sabah dapat dikembalikan.
Beliau juga mengesahkan menerima pelawaan untuk bekerjasam daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
“Saya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan parti ini (UMNO/BN).
“Apa yang penting kerjasama ini dapat diterjemahkan kepada sesuatu yang boleh membawa kebaikan untuk membangunkan negeri Sabah, sekaligus memperkukuhkan politik negara,” katanya.
Mohd Shafie berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 100 orang asnaf dan anak yatim di sini pada Khamis.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu turut mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan presidem UMNO, Bung dan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony bagi membincangkan kemungkinan membentuk kerjasama bagi menghadapi GRS pada PRN yang akan datang.