TAWAU : Seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun selepas dipercayai mencuri beberapa barangan milik sebuah syarikat di sekitar bandar Tawau, di semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, tangkapan dibuat selepas pihak syarikat membuat laporan kehilangan barangan apabila pada 10 Disember lalu.
Katanya, antara barang tersebut termasuk sebuah televisyen, meja, kerusi, alat gym serta sebuah laci dianggarkan bernilai ribuan ringgit.
“Pihaknya percaya suspek warga emas ini memasuki premis tanpa kebenaran sekali gus melarikan barangan tersebut.
“Kita berjaya menahan suspek kira-kira jam 3.35 petang di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya dalam
kenyataan media hari ini.
Jasmin berkata, beberapa barangan dilaporkan dicuri ditemui semula semasa serbuan dijalankan.
“Siasatan awal mendapati suspek bertindak seorang diri dan dipercayai menggunakan barangan tersebut untuk kegunaan peribadi. Namun, polis tidak menolak kemungkinan ia akan dijual,” katanya.
“Suspek ditahan dan dibawa ke IPD Tawau bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” jelas Jasmin.
