NABAWAN : Seorang wanita ditemukan selamat apabila dilaporkan hilang selepas mengejar ‘Tupai’ ketika melakukan aktiviti bersama suaminya di Sungai Kampung Saub, Ahad lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan, Rudy Mekii berkata, mangsa berusia 55 tahun itu ditemukan pada jam 7.03 malam, kira-kira tiga kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.
Katanya, mangsa ditemukan oleh penduduk kampung yang turut membantu mencari mangsa.
“Ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan serius.
“Berdasarkan kenyataan mangsa, beliau tersesat selepas mendakwa mengejar tupai berhampiran lokasi mereka memancing bersama suami memancing,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rudy berkata, mangsa ditemukan oleh orang kampung tiga kilometer dari lokasi memancing di mana mangsa disedari hilang.
“Kita menghantar mangsa ke Klinik Nabawan menaiki kenderaan bomba untuk menerima rawatan lanjut.
“Pasukan bomba melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.25 malam tadi,” jelas Rudy.