Umrah Haraki lahirkan ahli PAS istiqomah – Azman

TAWAU: Umrah Haraki merupakan program PAS bagi melahirkan ahli yang istiqomah dalam melaksanakan kerja jamaah di lapangan.

Ketua Dewan Ulamak PAS Sabah, Azman Jupri, berkata ahli dapat menghayati secara lebih dekat sirah Rasulullah SAW kerana setiap selain sebagai seorang ayah, pemimpin Islam, panglima perang dan murabbi.

“Dewan Ulamak negeri mengharapkan dengan program ini dapat melahirkan rasa sedia berkorban masa, harta dan nyawa kerana Islam.

“Ini seperti yang ditunjukkan  peristiwa hijrah di mana mereka sanggup berpindah ke Madinah sehelai sepinggang, meninggalkan harta benda di Mekah semata-mata menyahut seruan Allah dan rasul untuk menjaga aqidah dan Islam tercinta.

“Dengan program ini juga ahli mampu melaksanakan tugas dan gerak kerja parti secara tersusun dan berstrategi agar dapat menghasilkan kerja berkualiti,” katanya.

Azman berkata kesan daripada program bermodul itu, ahli boleh bersabar di atas semua ujian ketika berada di lapangan dakwah.