32 C
Kota Kinabalu
Wednesday, March 22, 2023

UMNO Semporna ingin kembali digeruni dalam politik tanahair – Mohd Syam Muksan

KOTA KINABALU: Calon Ketua Bahagian UMNO Semporna Mohd Syam Muksan mahu ‘UMNO Semporna kembali digeruni’ khususnya dalam arena politik tanahair di negara ini.

Menurutnya, kalangan ahli UMNO Semporna ingin kembali merasai era kepimpinan Allahyarham Tun Sakaran Dandai serta Datuk Seri Mohd Shafie Afdal ketika mereka bersama-sama dalam UMNO sewaktu ketika dahulu.

“Apabila menang nanti…Kita ingin mengembalikan semula suara lantang serta keberanian ahli UMNO sekiranya diberi kepercayaan untuk memimpin bahagian dalam pemilihan parti, pada minggu depan.

“Kita susun semula ahli di semua peringkat agar keramat identiti logo UMNO kembali digeruni kawan dan lawan…Disamping itu berusaha untuk memperkukuh semula status UMNO Bahagian Semporna menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak,” katanya kepada Sabahnewstoday hari ini.

Mohd Syam berkata, pada ketika ini UMNO memang perlu dibangunkan serta disusun semula sekali gus menyebabkan beliau berminat untuk bersama-sama memantapkan semula parti ini dalam keadaan pelbagai peringkat.

Mohd Syam berkata, ujian demi ujian, and along the way, dilalui beberapa pemimpin dan ahli sudah tersasar dari landasan kemudian digerakkan semula agar menuju kepada perjuangan sebenar UMNO.

“Di saat suka dan duka kita bersama, kita menangis dan ketawa bersama. Bak kata pepatah, kita bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

“Tapi walaupun dalam keadaan senang, kita tidak boleh leka. Ujian dahulu seharusnya mengajar kita untuk lebih bersedia untuk berdepan dengan cabaran yang bakal mendatang. Yang baik kita jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan,” katanya.

 

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles