SIPITANG: UMNO Bahagian Sipitang diarah mengadakan mesyuarat perwakilan berikutan wujud ketidakaturan perjalanan pemilihan pada 18 Mac lalu.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini tular dikeluarkan Ibu Pejabat parti dan ditandatangani Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023 Tan Sri Shahriir Abdul Samad.
Selepas melakukan penelitian terhadap aduan tersebut Jawatankuasa Bantahan Pemilihan UMNO Malaysia 2023 membuat keputusan dan ketetapan mesyuarat pada 18 Mac lepas adalah tidak sah.
UMNO Bahagian Sipitang perlu membuat pemilihan semula bagi semua peringkat jawatan di dalam bahagian tidak melibatkan pemilihan di peringkat Pusat.
Dalam surat arahan tersebut, semua calon hendaklah menggunakan nombor calon serta perwakilan sama untuk proses pemilihan semula.
“Sementara Tarikh , masa dan tempat untuk pemilihan semula UMNO Bahagian Sipitang akan ditentukan dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO Negeri serta Badan Perhubungan UMNO Sabah.
“Beberapa pemimpin UMNO Sipitang ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima salinan surat tersebut yang kini tular di kumpulan Whatsapp,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pertandingan lalu, Abdul Rahman Noh diumumkan menang jawatan Ketua Bahagian dengan kelebihan satu undi menewaskan penyandang Datuk Dr Kamarlin Ombi, bekas Ketua Pemuda UMNO Sipitang Sani Miasin dan Pg Junaidi Tuah.