UCSF laksana Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) dekati Rumah Kebajikan

KOTA KINABALU:  University College Sabah Foundation (UCSF) mengambil langkah proaktif menganjurkan program University Social Responsibility (USR) bagi mendekati anak-anak asnaf di Taman Kingfisher Likas, baru-baru ini.

Menerusi program itu, Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris telah membuat kunjungan kasih ke Rumah Amal Kasih, Likas Kota Kinabalu.

Kunjungan itu disambut mesra oleh pengasas Rumah Amal Kasih,  Ustaz Jamrie Separuh dan isterinya Nooraisah Ayub.

Rafiq berkata UCSF sangat prihatin dalam hal berkait pembangunan pendidikan di Sabah. 

Katanya dalam memperkasa pendidikan di Sabah kesedaran amatlah penting. 

Justeru, beliau berkata UCSF akan terus konsisten melalui program USR seumpama Ini dalam mendekati pelbagai lapisan masyarakat.