KOTA KINABALU: Penubuhan Autoriti Penerbangan Awam Borneo (BCAA) bagi mengawal selia serta menjaga industri penerbangan membabitkan negeri di Sabah dan Sarawak.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, BCAA dijangka mampu menjaga kepentingan Sabah dah Sarawak membabitkan rakyat Malaysia yang berulangalik ke negeri-negeri Borneo pada kadar munasabah.
Katanya, BCAA ini akan memberi tumpuan kepada mengawal selia dengan menjaga kepentingan terbaik industri penerbangan di kedua-dua negeri di Borneo.
“Terdapat pelbagai laporan mengenai berkaitan isu dan kelewatan dalam pengendalian hal ehwal penerbangan di Sabah oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
“Kita yakin ramai rakyat Sabah berkelayakan serta berbakat di disamping mempunyai pendidikan, terlatih sekali gus sudah diperakui di Amerika Syarikat oleh institusi penerbangan Amerika untuk dijadikan kakitangan BCAA,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jeffrey merupakan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata, BCAA boleh memanfaatkan bukan sahaja Sabah tetapi juga melibatkan industri penerbangan negara secara keseluruhannya.
Menurutnya, perjalanan udara juga sangat penting terutamanya kepada Sabah, kerana pelancongan antarabangsa adalah sektor utama ekonomi Sabah dan Sarawak.
“Kita jangkakan penubuhan BCAA akan mengatasi masalah berkaitan tambang tinggi khususnya dalam sektor penerbangan membabitkan rakyat Sabah dan Sarawak ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri.
“Lihat sahaja menyerlahkan harga tambang penerbangan yang melambung tinggi, mahal dan tidak munasabah masalah ini ditanggung oleh rakyat di kedua-dua negeri ini.
“Ia juga mendedahkan masalah ini sudah berpuluh tahun mereka mengabaikan kepentingan serta kebajikan rakyat Sabah dan Sarawak khususnya dalam perjalanan udara kemudian beban itu ditanggung oleh rakyat selama bertahun-tahun,” katanya.